Muhammad Nasrulhaq Majid

Sabtu, 16 Ogos 2014

MH370 Misteri Terancang?

(Rumusan Yang Dapat Dibuat Daripada Rancangan Khas TV3 MH370 Bersama Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.Mahathir Mohamad Sempena 100 hari Kehilangan Pesawat Boieng Malaysia Airlines MH370 8 Mac Yang Lalu)

Bismillahhirrahmannirrahim,
Assalammualaikum W.B.H, Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Azizan Jaafar selaku Panel Hakim Tunggal dan Guru bahasa Melayu yang bijaksana yang memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sedikit sebanyak perkongsian ilmu yang saya perolehi daripada rancangan khas bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena 100 hari kehilangan pesawat Boieng Malaysia Airlines MH370 8 Mac yang lalu.
Pada 8 Mac yang lalu,Negara dikejutkan dengan kehilangan pesawat Boieng Malaysia Airlines MH370 secara ‘Ghaib’ yang membawa 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal. Umum mengetahui bahawa pada tanggal 11 April yang lalu, pesawat ini dikatakan berakhir di selatan lautan Hindi oleh Perdana Menteri Australia, Tony Abbot dan disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, agaknya mengapakah lautan hindi menjadi lokasi pilihan juruterbang untuk terhempas? Adakah disebabkan lautan Hindi ialah lautan yang paling dalam dan bergelora di dunia? Ataupun yang sebenarnya pesawat tersebut sama sekali tidak terhempas di situ? Mungkinkah di Pulau Atol Diego Garcia yakni Pengkalan Tentera Laut Amerika yang terletak di kawasan lautan Hindi? Bagaimanapula cara pesawat itu dirampas oleh Tentera Laut tersebut?
Izinkan saya untuk mengupas dengan lebih lanjut lagi tentang ‘Misteri’ ini dengan sokongan kukuh serta pandangan Tun Dr.Mahathir Mohamad.
Pelbagai Teori yang menjadi buah mulut setiap rakyat Malaysia terutamanya di Media Sosial. Dalam usaha merungkai Misteri ini, saya dengan perasaan ingin tahu yang menebal telah menapis setiap teori yang logik akal untuk mengetahui perkara yang sebenarnya berlaku. Justeru itu,sejak kehilangan tersebut dikhabarkan, sebagai seorang rakyat Malaysia, saya terpanggil untuk merungkai misteri yang menggoncang minda para pemikir dunia yang merasakan ada yang tidak kena dengan misteri ini.
Teori Tun Dr.Mahathir menyebut; ‘Mustahil untuk sebuah pesawat yang besar seperti MH370 itu hilang secara tiba-tiba di zaman sekarang ini… Even, my mobile phone pun boleh tahu setiap pesawat yang berlepas…Saya menjangkakan bahawa pesawat tersebut tidak terhempas di selatan lautan Hindi sebaliknya its must being somewhere… dan saya percaya Pesawat ini mungkin dirampas US army ataupun CIA, kerana di dalam pesawat Boieng MH370 terdapat sebuah alat kawalan jauh manual yang diletakkan oleh Syarikat Boieng dan ianya diarahkan oleh Amerika beberapa tahun yang lalu… Mungkin alat inilah yang digunakan oleh Mereka untuk mengawal the whole plane… saya juga tak rasa yang Pilot Pesawat tersebut sengaja untuk mengambil risiko terhempas di lautan terdalam dan paling bergelora itu… Jikalau benar pun Pesawat itu terhempas di selatan lautan Hindi, di manakah serpihannya?’

Demikianlah Teori daripada Bekas Perdana Menteri Negara dan Tokoh Kebangsaan,Tun Dr.Mahathir Mohamad. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan Tun yang berbunyi ‘its must being somewhere’ yang bermaksud ‘ianya mesti berada di suatu tempat’.. saya secara peribadinya berpendapat apa yang dikatakan Tun itu adalah Pulau Diego Garcia yakni Pulau Pengkalan Tentara Laut Amerika yang terletak di selatan lautan Hindi.
Kerana jikalau benar ianya terhempas di lautan Hindi seperti yang digembar-gemburkan, pastinya Pengkalan tersebut dapat mengesan pesawat MH370 dengan lebih awal kerana jarak Pulau Pengkalan dan tempat yang dikatakan terhempasnya pesawat adalah hanya diantara 2000 hingga 3000 batu nautika sahaja dari lokasi pencarian dan laluan MH370 yang dikeluarkan pihak berwajib. Dimanakah pula perginya serpihan bahagian pesawat yang besar-besar itu? Saya amat yakin bahawasanya pesawat Boieng MH370 tidak terhempas di lautan Hindi, sebaliknya saya berfikiran pesawat tersebut dirampas secara manual melalui alat kawalan jauh yang dipasang di dalam pesawat Boieng tersebut dan menyebabkannya terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang untuk menuju ke Pulau Diego Garcia yang seterusnya dirahsiakan Tentera Laut Amerika yang berpengkalan di Pulau tersebut.
Walaubagaimanapun, saya dan Tun Dr. Mahathir sendiri masih belum mengetahui motif sebenar disebalik Rampasan yang melibatkan pihak Tentera Amerika ke atas pesawat Boieng Malaysia Airlines MH370.
Sekarang ini, sudah masuk hari yang ke-120 semenjak kehilangannya pada 8 Mac yang lalu, sampai bilakah ‘MIsteri’ ini akan berlarutan? Hanya Allah Subhahannallahutaala sahaja yang mengetahuinya.
Saya mendoakan keselamatan agar semua Penumpang dan Kru Pesawat Boieng MH370 selamat, walau di mana pun mereka berada.
Allah itu Maha Adil, Tidak Kira Cepat ataupun Lambat, Pasti Ianya Akan Terbongkar Jua Suatu Hari Nanti.

Sekian,
Wabillahhi taufiq walhidayah wassalammualaikum W.B.H dan Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan