Assalammualaikum.... Ini adalah kucing nenek saya yang bernama Kelabu, hihihi ^^
Kucing ini telah ditemui dalam 2 bulan yang lalu, ianya dijumpai semasa saya berlegar-legar di kawasan Taman Seri Tanjong, pada awalnya saya berminat untuk membela kucing tersebut,kerana tertarik dengan kecomelannya, jadi, saya pun pergilah ke Kedai Yun Jian Bao(YJB) yakni pasar mini terdekat dengan kawasan rumah saya, saya memilih jenama makanan kucing Big Cat yang berharga kira-kira RM5 untuk si kucing comel ini, tetapi selang 2 jam saya peliharanya, kucing ini telah kencing di lantai rumah,justeru, saya mengambil keputusan untuk membuang kembali kucing ini ke tempat saya menjumpainya...
Keesokan Harinya, Mama saya pergi ke rumah Nenek yang terletak di Kampong Taman Tanah Merah Jaya untuk berbual kosong... dalam perbualan mereka, Mama menyelitkan isu kucing yang comel berkeliaran di belakang rumah kawasan Taman Seri Tanjong, Mak cik saudara yang tidak tahan mendengar kisah kecomelan kucing ini daripada Mama, telah mengambil keputusan untuk mengambil kucing itu sebagai haiwan peliharaannya...
Menjelang Malam Jumaat yang hening itu, saya berklik-klik menekan touch screen handphone Acer yang baru sahaja dibeli Papa saya, dalam saya leka melayari internet dan berbual di WeChat dan Line.. saya dikejutkan oleh suara Mama yang sedang memegang kucing comel itu..Mama meminta saya untuk membawa kucing comel itu ke rumah Nenek untuk dibela oleh Mak Cik Saudara, jadi saya pun mengambil kunci motosikal Yamaha Legenda yang sudah lama itu dan terus meluru ke rumah Nenek untuk Kucing itu dipelihara oleh Mak Cik saudara..
Setibanya di sana, saya bertiarakan di halaman depan tangga Rumah Nenek sebagai tanda panik kerana kucing itu sudah Menggeliat untuk melepaskan diri daripada genggaman saya... Nenek yang kebetulan berada di serambi rumah terjaga daripada lena dibuai TV lalu memanggil Mak Cik, Mak Cik Saudara yang dikatakan sedang membuat kerja-kerja dapur meluru ke serambi dan seterusnya mengambil Kucing itu ke dalam rumah...
Sesudahnya kucing itu dibawa masuk ke dalam rumah.. Mak Cik dan Nenek saya memuji-muji kecomelan dan kecantikan warna bulu kucing ini yang sememangnya bagi saya cantik dan comel gitu... selang beberapa minit kemudian... Mak Cik saya pun memasukkan kucing yang sudah berstatus Haiwan Peliharaannya itu ke dalam sangkar kucing yang sudah lama kekosongan dek tiada kucing jantan yang secomel kucing ini untuk dibela...
Sekian, Kucinku Comel! ^^

Tiada ulasan:
Catat Ulasan