Muhammad Nasrulhaq Majid

Sabtu, 16 Ogos 2014

Dialog Temu Bual Eksklusif Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad Sempena 100 Hari Kehilangan MH370 Di TV3.

(Penemubual TV3: Izwan Azir Salleh, Tetamu Undangan: Tun Dr.Mahathir Mohamad)

Sebelum ini, di dalam temuramah eksklusif tv3 bersama Tun Dr.Mahathir Mohamad Bekas Perdana Menteri itu mendakwa Boieng telah diberi kebenaran oleh Amerika Syarikat untuk memasang alat kawalan jauh khas di dalam pesawat yang dikeluarkannya, suatu pendedahan yang mengejutkan, dan malam ini Tun.Dr Mahathir merungkai kebolehan  teknologi satelit hari ini yang sebenarnya boleh mencerap sehingga satu meter dari paras bumi, teknologi sebenarnya kata Tun Mahathir boleh merungkai misteri MH370 ini.

Izwan Azir Salleh: ‘’Kalaulah senario ini diteruskan disuatu yang bahaya begitu,Tun Menulis ‘When will another plane disappeared’.’’

Tun Mahathir: ‘’Ya, kalau Boieng mengaku bahawa ini mungkin dilakukan samada Boieng atau lain-lain pihak, maka semua tidak mahu terbang lagi dengan pesawat Boieng, dia nak jaga juga dia punya pasaran, jadi, dia tidak mahu mengaku, kalau dia mengaku, ini Boieng kita tak boleh terbang ni, mungkin ada alatan yang boleh ‘’menghilangkan pesawat’’.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Tun berpuas hati dengan penerangan yang diberikan Boieng sekarang?’’

Tun Mahathir: ‘’Saya tak nampak apa-apa penerangan yang berguna pun daripada Boieng, satu pesawat yang sebesar 63 meter dengan 227 orang dalam tu, boleh hilang daripada dunia, ini di zaman ini tak mungkin, kerana satelit ada, ada satelit yang sepanjang masa ambil gambar, ‘military satelite’ umpamanya, dia perlu ambil gambar sepanjang masa di semua tempat, nak tahu apa yang sedang berlaku, kalau ada orang nak dirikan nuclear bom ke ataupun nak pasang roket ke, dia boleh ambil gambar, di zaman ini tak boleh sembunyi, ‘’you keluar berjalan di situ pun dia nampak, jadi nak kata hilang langsung tak mungkin, saya punya handphone, saya boleh tengok dia terbang, saya boleh ‘identify’ kapal terbang tu, takkanlah tiba-tiba ‘disciplined, disappeared’ jadi, tak mungkinlah.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Tun merasakan memang ada permainan suatu permainan di sini?’’

Tun Mahathir: ‘’Memang ada, saya fikir.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Apakah kerana ada penumpang-penumpang dari China?”

Tun Mahathir: ‘’Sebab saya tak boleh nak kata, oleh kerana ada penumpang China ke, kerana ada 2 orang rakyat Amerika di situ ke, kerana ada 2 orang yang menyamar sebagai orang lain, itu semua fakta yang ada, tapi samada fakta ini yang menyebabkan pesawat itu hilang, saya tak boleh katalah, yang saya tahu ada 200 lebih orang di situ, Nampak tak ada reaksi langsung, biasanya kalau pesawat nak ni, mereka akan menjerit ke apakah, dan pesawat bila kita tengok dalam kita punya telefon, gambar-gambar pesawat itu, sebabnya ialah kerana pesawat itu menghantar ‘signal’, kalau tidak kita tidak boleh tahu dimana pesawat itu berada, dia hantar signal, macam GPS, GPS boleh memberitahu di mana duduk sesuatu benda itu samada ‘vechicle’ ataupun pesawat supaya kita dapat ‘trace’, kita boleh tahu dia pergi mana, bila dalam telepon kita tahu yang ini pesawat Singapura, jenis ini, daripada sini hendak pergi ke sini, semua ada dalam telepon.

Izwan Azir Salleh: ‘’Kalaulah yang terlalu mudah itu, takmungkinlah takde satu pusat yang mempunyai lebih maklumat yang lengkap.’’

Tun Mahathir: ‘’Ooh.. Di tempat lain, saya ingat ‘Military’, dia lebih tahu lagi, dia boleh tengok, kita tahu dia boleh ‘perceive’ jarak satu meter je dia boleh Nampak di atas darat ni, sebab itu pabila Osama Bin Laden diburu, dia tahu bila Osama Bin Laden keluar daripada rumah, masuk rumah, semua dia tahu, sebab itu, dia boleh masuk ke dalam rumah itu dan pergi cari tempat dia berada, demikianlah sistem sekarang ni yang digunakan oleh ‘Military’, dia boleh ‘trace’ gerakan mana-mana manusia, ‘identify’ dia dan ikut dia punya gerak geri.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Kerana itu Tun Menulis ‘The Plane is somewhere, maybe without MAS markings’.

Tun Mahathir: ‘’Maybelah, itu saya punya guest ajelah’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Mungkin perlu dilakukan siasatan yang lebih mendalam lagi?’’

Tun Mahathir: ‘’Ya, jikalau kita dapat akses kembali data-data segala satelit yang mengambil gambar ni, mungkin kita dapat tahu, itupun kalau diorang bagilah, tapi saya ingat diorang takkan bagilah.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Walaupun dalam kes sebesar ini?’’

Tun Mahathir: ‘’saya ingat dia tak bagi.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Ini adalah kes yang ‘unprecedented’ Tun?’’

Tun Mahathir: ‘’Unprecedented, ya, kalau dapat alat itu, akan ditentukan siapa yang salah, dan orang yang salah itu, mesti dikenakan tindakanlah, tapi dia taknak beritahu.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Jadi, Tun cuba menggambarkan bahawa sekarang ada suatu usaha untuk melindungi kesalahan pihak lain, begitu?’’

Tun Mahathir: ‘’Saya fikir ada usaha itu.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Syarikat Pengeluar Kapal Terbang?’’

Tun Mahathir: ‘’Mungkin. Ataupun Kerajaan tertentu ataupun CIA.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Setelah saya duduk dengan Tun ini Tun, apakah ada sesuatu permainan melengahkan masa?’’

Tun Mahathir: ‘’Mungkin ada. Yang itu saya tak boleh katalah.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Kita telah sampai ke 100 hari kehilangan pesawat ini Tun, berapa lama lagi agaknya kita perlu melalui suatu tempoh yang tidak pasti?’’

Tun Mahathir: ‘’Ya, kapal terbang dia ‘delicate’, kalau dia jatuh dalam lautkah, atas daratkah, dia akan pecah dan meninggalkan kesan, terutamanya di zaman ini, zaman dulu mungkin macam penerbangan yang dari Amerika nak pergi ke Australia, saya ingat, dia jatuh dalam tengah-tengah hutan, baru-baru ni jumpa, tapi jumpa juga, tapi lamalah, tapi di zaman ini, di zaman dimana kita boleh ‘identify’ manusia tertentu, dan kita boleh hantar ‘drone’ untuk bunuh orang itu, saya fikir tak mungkin pesawat begitu besar boleh hilang sampai sesiapa pun tak tahu.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Tak munasabah ya?’’

Tun Mahathir: ‘’Tak munsabah.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Jikalau macam ni Tun, apa masa depan industry penerbangan kita Tun?’’

Tun Mahathir: ‘’Ya, kalau kita nak beli kapal terbang, kita kena tentukan, satu ‘guarantee’ dia tak pakai alat-alat ini tak dimasukkan ke dalam kapal terbang itu, kalau tidak, kalau kita ‘pilot lost control’, woo.. susah! Tapi zaman sekarang ni, ‘you’ tahu kita boleh hantar ‘drone’ begitu jauh sekali, ‘accurate’ di tempat tu semua, kenal orang itu dan bunuh orang itu, itu kebolehan di zaman ini, jadi, nak ada satu alat yang boleh ambil alih ‘control’ daripada ‘pilot’ buaknlah suatu perkara yang besar, lah ni, ‘Radio Control’ ni dah ‘developed’ sampai ke tahap yang cukup tinggi, kita boleh terbangkan pesawat, kita boleh hantar ‘tank’, lah ni UAV punya konsep unmanned aerial vehicle, dah semua orang tahu dah.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Kerana saya berpeluang duduk bersama Tun sekarang ini,mungkin Tun ada kata-kata semangat kepada keluarga, mungkin jangan menyerah, mungkin ada keluarga mangsa yang sekarang ni sudah putus harapan.’’

Tun Mahathir: ‘’Yalah, saya fikir akan ada suatu masa yang kita harus terima, kita tidak akan jumpa mereka lagi, pada suatu masa, samada kita nak tunggu sebulan,setahun ataupun 10 tahun, kita tak tahulah, tapi hakikatnya ialah selepas 100 hari, kita cari tidak jumpa, bukan duit syiling jatuh di bawah kerusi yang kita cari tak jumpa ni, tetapi pesawat sebesar 63 meter dan nyawa manusia, pukal, solid, boleh hilang. Di zaman ni tak boleh, zaman 100 tahun dahulu mungkin, tapi ‘today’ kita dah boleh ‘trace’, orang berjalan pun kita boleh trace, kita boleh tengok.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Saya mahu Tun sahkan semula bahawasanya Amerika mempunyai teknologi itu.’’

Tun Mahathir: ‘’Ya, Saya sahkan. Dia lapor dalam majalah, saya ada laporan itu, takkan ‘in flight global’ ni pada tahun 2006, dia nak ‘published’ benda yang takda, kalau hari ni dia ‘published’ mungkin saya tak percayalah, tapi dia ‘published’ 2006, dah 8 tahun dah.

Izwan Azir Salleh: ‘’Tun, Apakah keluarga penumpang boleh menyaman Boieng?’’

Tun Mahathir: ‘’Proof takda. Biasanya, bila kita nak ‘charged’ seseorang kerana membunuh, kita perlu ‘produced the body’.’’

Izwan Azir Salleh: ‘’Apakah setelah suatu tempoh yang lama, penumpang boleh diisytiharkan telah meninggal, jadi, ketika itu boleh ada saman-menyaman?’’

Tun Mahathir: ‘’Daripada ‘legal’ untuk perkara sebegini, selagi tak jumpa ‘body’, kita tak boleh nak kata yang dia dah mati. Itu satu daripada undang-undang biasa.’’Eksklusif Bersama Tun Dr.Mahathir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan