Muhammad Nasrulhaq Majid

Ahad, 26 Mei 2013

Bahasa Melayu Dalam Kemajuan Teknologi


Pengenalan
Perkara ini menjelaskan tentang perkembangan bahasa Melayu dalam aspek perkembangan teknologi di Malaysia dan kaitannya dengan isu antarabangsa. Cabaran masa depan dan relevansi penggunaan serta penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa teknologi. Memartabatkan bahasa Melayu melalui penerbitan buku sains,teknologi dan kejuruteraan.
Penglibatan Penulis Dalam Bidang Penulisan dan Penghayatan Bahasa Melayu.
Aktiviti pemerhatian sejak tahun 1975, penggunaan buku ilmiah sejak 1977(UITM K.Lumpur), penulisan dan penterjemahan bermula pada tahun 1995, penglibatan dalam penulisan dan perbentangan kertas kerja kebangsaan dan antarabangsa bermula pada tahun 1995. Aktiviti membina dan memartabatkan bahasa Melayu melalui penulisan dan penerbitan karya asli dan terjemahan. Penulisan dalam bahasa Inggeris sebagai keperluan untuk buku-buku rujukan,kertas kerja dan pembentangan peringkat antarabangsa.
Bahasa Melayu Dalam Kemajuan Teknologi(Bahasa dan Peranan)
Menurut Kamus Dewan, Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
Secara praktis, bahasa sama ada ditutur atau ditulis menjadi alat perhubungan untuk kemajuan penyebaran ilmu dan pengetahuan. Tanpa bahasa tiada komunikasi dan tiada kembangan serta tiada anjakan kemajuan. Justeru bahasa yang efektif dan dihayati mampu menjana pertumbuhan ilmu dan diserap oleh masyarakat penutur bahasa ilmu berkenaan. Bahasa membentuk budaya ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.
 Satu Bahasa Kebangsaan Sebagai Alat Pengantar.
Bahasa perantara sangat penting dalam kalangan ahli masyarakat dan bahasa itu juga mestilah diamalkan secara effektif dan dihayati oleh masyarakat. Masyarakat berbilang bangsa di Malaysia memerlukan bahasa perantaraan sepunya yakni Bahasa Kebangsaan. Bahasa lain juga diperlukan untuk menjadi perantara alam domestic dengan dunia luar terutamanya bahasa antara benua yakni bahasa Inggeris yang menjadi salah satu bahasa perdagangan. Penguasaan bahasa juga sebagai alat kemajuan dan bahasa Melayu juga memupuk jati diri masyarakat Malaysia.
Belia Berperanan Dalam Malaysia.
Belia adalah tiang Negara Malaysia yakni Harapan Bangsa. Belia juga adalah pelopor generasi Negara yang akan datang. Belia perlu memahami peranan bahasa dan sentiasa berusaha memajukan diri yang secara langsung mampu memajukan Negara. Kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah sangat penting untuk menuju ke arah kemajuan teknologi. Belia perlu diseru agar sentiasa berusaha untuk meningkatkan keberkesanan dan penggunaan bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi.
Teknologi dan Perkembangan
Menurut Kamus Dewan, Teknologi ialah aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industry,pertanian,perubatan,perniagaan dan lain-lain. Ternologi yang termaju pula adalah teknologi yang berasaskan kajian saintifik termaju seperti penggunaan peralatan elektronik yang canggih. Teknologi tercapai melalui pendedahan,perkembangan dan penggunaan ilmu. Proses perlaksanaannya pula adalah berperingkat dan perlu diberi pendedahan peringkat rendah,menengah,tinggi(university) dan penyelidikan. Pemindahan ilmu melalui teori dan praktis menjadi penggunaan dan penghasilan teknologi. Penggabungan yang Berjaya antara ahli teori dengan ahli kemahiran melahirkan teknologi yang boleh dibangga dan mampu menjana lonjakan ekonomi.

Bahasa Melayu Simbolisma Perpaduan Kebangsaan.

Abstrak
secara umumnya, tulisan ini membincangkan satu tema penting dalam bidang sosiolinguistik/sosiologi bahasa, iaitu bahasa dan nasionalisme. Manakala secara terperincinya, tema ini dibincangkan dalam kerangka teoristis bahawa bahasa mempunyai kuasa untuk menyatupadu dan membentuk jati diri nasional. Dalam hal ini, beberapa  persoalan tentang kekitaan(sebagai rakyat dalam sesebuah Negara) dan kesetiaan terhadap tanah air diteliti di beberapa buah Negara asia, tetmasuklah Malaysia, untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang tema ini. Ini dilakukan dalam konteks perbincangan tentang masalah dan cadangan penyelesaiannya dengan meninjau kesesuaian bahasa untuk permupukan semangat kebangsaan, sama ada secara positif, iaitu bahasa yang dikongsi bersama didapati membantu menyatupadukan rakyat,atau sebaliknya yakni yang dilihat sebagai penghalang.
Pendahuluan
Dalam pembinaan jati diri nasional, bahasa tidak dapat dinafikan mempunyai peranan penting. Pada satu pihak, pengetahuan dan penguasaan satu bahasa yang dikongsi bersama dalam sesebuah Negara, didapati baik untuk menyatupadukan rakyatnya, selain mempamerkan jati diri nasional yang dikongsi bersama. Tetapi pada satu pihak lain, penggunaan bahasa yang lain, khususnya dalam domain rasmi dalam Negara berkenaan, didapati boleh menjadi penghalang kepada usaha penyatuan itu, dan lebih penting kepada usaha pembinaan jati diri nasional.Selain itu, Dalam usaha pembinaan jati diri nasional ini, banyak aspek bahasa yang berkaitan dengan ideology nasionalisme dari Barat, dipinjam oleh Negara-negara asia semasa mencapai kemerdekaan, mengharungi pembangunan serta memburu kemodenan. Antaranya, termasuklah penganjuran satu bahasa yang perlu digunakan dalam semua domain di seluruh Negara, walaupun dalam populasi yang berbilang etnik di sesetengah Negara Asia.
Isu Pemilihan Bahasa Negara.
Pemilihan sesebuah bahasa itu untuk dijadikan bahasa Negara, lebih-lebih lagi dalam populasi tidak sekata, sering kali menimbulkan pelbagai isu yang dikaitkan dengan pewajaran pemilihan berkenaan. Ini dapat dilihat di Negara India sewaktu  benua kecil itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1947. Bahasa Hindi yang dipilih sebagai bahasa Negara itu adalah bahasa yang rata-ratanya dituturkan di utara India. Justeru ia tidak dapat diterima oleh kelompok etnik Tamil yang merupakan majority di selatan India. Tambahan pula, pemilihan bahasa Hindi ini tidak dinafikan member kelebihan sosioekonomi kepada kelompok etnik Hindi. Ini dilihat sebagai tidak adil oleh yang lain-lain,khususnya etnik Tamil yang agak besar bilangannya.Isu pejawaran pemilihan bahasa Hindi ini tidak dapat dinafikan mempunyai kesan ke atas usaha pembinaan jati diri nasional di India. Ia akhirnya dapat  diselesaikan pada 1967 apabila India memperkenalkan semula penggunaan bahasa Inggeris sebuah bahasa neutral etnik dalam hal ini sebagai bahasa rasmi,selepas 20 tahun cuba dan gagal mempromosi hanya satu bahasa Negara, iaitu bahasa Hindi dalam kepastiannya sebagai bahasa rasmi.
Hal sebaliknya yang positif sifatnya berlaku di Indonesia yang juga mempunyai populasi multietnik. Bahasa Negara yang dipilih itu di terima baik oleh seluruh rakyat republic itu--(Collins,1998). Kelompok etnik Jawa yang merupakan majoriti yang jelas tidak membantah langsung apabila bahasa Melayu, sebuah lingua franca perdagangan yang digunakan dengan seluasnya di republic itu,dipilih sebagai bahasa negara.

 Sehubungan ini, bahasa melayu kemudiannya diberi nama bahasa Indonesia dipelajari dengan bangganya, selain digunakan dengan setianya dean penuh prestij dan cinta oleh semua lapisan rakyat Republik Indonesia. Sikap positif ini bukan sahaja diperlihat untuk komunikasi kebangsaan sebagai wahana neutral etnik. Tetapi yang lebih penting lagi ia juga diamalkan untuk komunikasi antarabangsa yang kemudian menterjemahkannya ke dalam bahasa antarabangsa lain, seperti bahasa Inggeris dalam majlis antarabangsa di luar republic itu, antaranya di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam usaha pembinaan jati diri Indonesia yang kuat.

Khamis, 16 Mei 2013

+*Pantun Sempena Hari Guru*+

Pantun Ciptaan Muhammad Naszrulhaq Khas Buat Guru-Guru di Malaysia Terutama Guru-Guru Di Smk Kg Gelam...

 Orang Berbudi Simpan Di Hati,
 Buat Kenangan Si Pancaindera,
Amalan Baik Kumpul Sendiri,
 InsyaAllah Masuk Syurgalah Nanti,
 Selamat Hari Guru DiSayangi,
Khas Buat Guru Tercinta,
 Hadiah Diberi SeIkhlas Hati,
Untuk Guruku Kenangan Abadi....

 SEIKHLAS HATI SEINDAH MURNI ISTIMEWA UNTUK GURU SMEK-G..... -MNM-