secara umumnya, tulisan ini
membincangkan satu tema penting dalam bidang sosiolinguistik/sosiologi bahasa,
iaitu bahasa dan nasionalisme. Manakala secara terperincinya, tema ini
dibincangkan dalam kerangka teoristis bahawa bahasa mempunyai kuasa untuk
menyatupadu dan membentuk jati diri nasional. Dalam hal ini, beberapa persoalan tentang kekitaan(sebagai rakyat
dalam sesebuah Negara) dan kesetiaan terhadap tanah air diteliti di beberapa
buah Negara asia, tetmasuklah Malaysia, untuk memberi gambaran yang lebih jelas
tentang tema ini. Ini dilakukan dalam konteks perbincangan tentang masalah dan
cadangan penyelesaiannya dengan meninjau kesesuaian bahasa untuk permupukan
semangat kebangsaan, sama ada secara positif, iaitu bahasa yang dikongsi
bersama didapati membantu menyatupadukan rakyat,atau sebaliknya yakni yang
dilihat sebagai penghalang.
Pendahuluan
Dalam pembinaan jati diri
nasional, bahasa tidak dapat dinafikan mempunyai peranan penting. Pada satu pihak,
pengetahuan dan penguasaan satu bahasa yang dikongsi bersama dalam sesebuah
Negara, didapati baik untuk menyatupadukan rakyatnya, selain mempamerkan jati
diri nasional yang dikongsi bersama. Tetapi pada satu pihak lain, penggunaan
bahasa yang lain, khususnya dalam domain rasmi dalam Negara berkenaan, didapati
boleh menjadi penghalang kepada usaha penyatuan itu, dan lebih penting kepada
usaha pembinaan jati diri nasional.Selain itu, Dalam usaha pembinaan jati diri
nasional ini, banyak aspek bahasa yang berkaitan dengan ideology nasionalisme
dari Barat, dipinjam oleh Negara-negara asia semasa mencapai kemerdekaan,
mengharungi pembangunan serta memburu kemodenan. Antaranya, termasuklah
penganjuran satu bahasa yang perlu digunakan dalam semua domain di seluruh
Negara, walaupun dalam populasi yang berbilang etnik di sesetengah Negara Asia.
Isu Pemilihan
Bahasa Negara.
Pemilihan sesebuah bahasa itu
untuk dijadikan bahasa Negara, lebih-lebih lagi dalam populasi tidak sekata,
sering kali menimbulkan pelbagai isu yang dikaitkan dengan pewajaran pemilihan
berkenaan. Ini dapat dilihat di Negara India sewaktu benua kecil itu mencapai kemerdekaan pada
tahun 1947. Bahasa Hindi yang dipilih sebagai bahasa Negara itu adalah bahasa
yang rata-ratanya dituturkan di utara India. Justeru ia tidak dapat diterima
oleh kelompok etnik Tamil yang merupakan majority di selatan India. Tambahan
pula, pemilihan bahasa Hindi ini tidak dinafikan member kelebihan sosioekonomi
kepada kelompok etnik Hindi. Ini dilihat sebagai tidak adil oleh yang
lain-lain,khususnya etnik Tamil yang agak besar bilangannya.Isu pejawaran
pemilihan bahasa Hindi ini tidak dapat dinafikan mempunyai kesan ke atas usaha
pembinaan jati diri nasional di India. Ia akhirnya dapat diselesaikan pada 1967
apabila India memperkenalkan semula penggunaan bahasa Inggeris sebuah bahasa neutral etnik dalam hal ini
sebagai bahasa rasmi,selepas 20 tahun cuba dan gagal mempromosi hanya satu
bahasa Negara, iaitu bahasa Hindi dalam kepastiannya sebagai bahasa rasmi.
Hal
sebaliknya yang positif sifatnya berlaku di Indonesia yang juga mempunyai
populasi multietnik. Bahasa Negara yang dipilih itu di terima baik oleh seluruh
rakyat republic itu--(Collins,1998). Kelompok etnik Jawa yang merupakan
majoriti yang jelas tidak membantah langsung apabila bahasa Melayu, sebuah
lingua franca perdagangan yang digunakan dengan seluasnya di republic
itu,dipilih sebagai bahasa negara.
Sehubungan ini, bahasa melayu kemudiannya
diberi nama bahasa Indonesia dipelajari dengan bangganya, selain digunakan
dengan setianya dean penuh prestij dan cinta oleh semua lapisan rakyat Republik
Indonesia. Sikap positif ini bukan sahaja diperlihat untuk komunikasi
kebangsaan sebagai wahana neutral etnik. Tetapi yang lebih penting lagi ia juga
diamalkan untuk komunikasi antarabangsa yang kemudian menterjemahkannya ke
dalam bahasa antarabangsa lain, seperti bahasa Inggeris dalam majlis
antarabangsa di luar republic itu, antaranya di Perhimpunan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu dalam usaha pembinaan jati diri Indonesia yang kuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan