Muhammad Nasrulhaq Majid

Sabtu, 22 Jun 2013

Cara Membuat Kerja Kursus Sejarah PMR 2013


ELEMEN 1

Di dalam elemen ini anda perlu menyatakan Fakta sejarah yang bersangkut paut dengan tajuk kajian anda..... contohnya; Penternakan Lembu...

Sumber Fakta Yang Anda Perlu Cari Bagi Penternakan Lembu Adalah Seperti Berikut:

1.Buku Ilmiah.

-dalam fakta ini, anda perlu mencari apa-apa buku yang berkaitan tentang tajuk anda.
-anda perlu fotostat buku itu isi dan muka hadapannya.

2.Akhbar.

-dalam fakta ini juga, anda perlu mencari apa-apa akhbar yang berkaitan tentang tajuk kajian anda.
-anda mesti memotong keratan akhbar tersebut, dan tampalkannya di atas kertas kerja kursus anda.

3.Melawat Tempat Kajian.

-dalam fakta ini, anda harus mengambil gambar tempat kajian anda dan tampalkannya.
-anda juga boleh mengambil gambar tajuk kajian anda itu melalui internet.

4.Dapatan Melalui Pelayar Internet.

-anda harus mencari fakta blog@laman sesawang yang mengandungi maklumat kajian anda.
-contohnya; penternakan lembu  http://ms.wikipedia.org/wiki/Ternakan

ELEMEN 2

1.Tajuk Kajian

-anda memerlukan satu kertas kerja kursus.
-anda harus menulis secara besar tajuk kajian anda untuk memenuhi ruang permukaan kertas tersebut.

2.Senarai Kandungan.

-anda hanya perlu membuat satu garisan yang berbentuk segi empat bujur.
-dan anda perlu menyenaraikan isi kandungan ELEMEN 2 ini sahaja.

3.Penghargaan.

-anda perlu menyediakan satu karangan penghargaan.
-Contohnya;

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat ilahi dengan izin-Nya, Kerja Kursus Sejarah dapat disiapkan mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Pertamanya, Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK Kampung Gelam iaitu Encik Roszelan Bin Majid kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk membuat Kerja Kursus pada kali ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada ibu-bapa saya iaitu Puan Niranizan Binti Yaakub dan Abdul Majid Bin Musad kerana telah memberikan sokongan dan galakan kepada saya serta memberi bantuan dari segi kewangan di dalam menyiapkan kerja kursus Sejarah ini.

Terima kasih juga kepada  guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Encik Sha’ari Bin Ali diatas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan olehnya kepada saya. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih ini ditujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya semasa proses penyiapan kerja kursus ini dijalankan mengikut kepada waktu yang telah ditetapkan iaitu Ahmad Waie Bin Syukri dan Muhammad Tajudin Bin Karim serta Abdul Rahman Bin Asar.

 Jutaan terima kasih juga diatas kesudian responden Abdul Manap Bin Jambol ditemu ramah dan memberikan maklumat yang berguna sebagai syarat bagi melengkapkan kerja kursus Sejarah ini. Terima kasih kepada semua yang membantu.

4.Objektif Kajian.

-dalam tajuk kecil ini pula, anda harus menyatakan objektif anda bagi menyiapkan kerja kursus tersebut.
-Contohnya;

OBJEKTIF KAJIAN
Di dalam melaksanakan kerja kursus Sejarah ini, terdapat beberapa objektif kajian yang ingin saya kecapi. Diantara objektif tersebut ialah:-

*Mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia.
*Mendapat pengetahuan dan pengalaman luas tentang cara-cara membuat kajian ilmiah.
*Mengetahui dengan lebih lanjut tentang keunikan ekonomi tradisional tersebut.
*Menanamkan sifat sabar,bekerjasama,toleransi dan berkomunikasi yang lebih ketika   menjalankan proses pengumpulan maklumat.


5.Kaedah Kajian.

-anda perlu menyatakan kaedah yang anda gunakan bagi melengkapi syarat2 kerja kursus tersebut.
-Contohnya;

KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian ini saya menggunakan 4 kaedah iaitu:-
Kaedah Temu Bual.
Saya telah menemubual Encik Abdul Manap Bin Jambol di Kampung Lereh. Tanjong Kling, 76400 Melaka Tengah, Melaka untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Kaedah Melalui Perkhidmatan Internet.
Saya turut menggunakan kemudahan internet bagi menyempurnakan lagi kerja kursus Sejarah saya agar segala fakta sejarah yang dikeluarkan adalah benar.

Kaedah Lawatan Dan Pemerhatian.
Saya telah melawat kandang lembu milik Encik Abdul Manap untuk mengkaji bagaimana pengusaha tersebut menternak Lembu dan membuat pemerhatian terhadap pemakanan dan penjagaan rapi yang dilakukan oleh beliau.

Kaedah Orang Sumber.
Saya telah menemuramah Encik Abdul Manap Bin Jambol Bagi mendapatkan maklumat tentang sistem penternakan Lembu yang dilakukan oleh beliau sejak tahun 2001 itu.

6.Maklumat Asas.

-anda perlu menyatakan maklumat asas dan latar belakang penternak...
-Contohnya;

Maklumat Asas.
Nama/Jenis Kegiatan Ekonomi.
Kegiatan ekonomi yang saya kaji untuk membuat kerja kursus Sejarah ialah penternakan Lembu yang diusahakan oleh Encik Abdul Manap Bin Jambol.

Sejarah/Asal Usul Kegiatan Ekonomi.
Penternakan Lembu ini telah dijalankan oleh Encik Abdul Manap Bin Jambol selama 12 tahun iaitu semenjak tahun 2001 lagi. Pada masa itu beliau mengusahakan penternakan ini kira-kira 10 ekor Lembu yang dibeli olehnya di Muar,Johor dan di Pengkalan Balak, Melaka. Beliau Menyewa suku ekar tanah di sekitar sawah padi  bagi menempatkan Lembu ternakan beliau itu.

Lokasi/Tempat Kajian.
Lokasi penternakan Lembu dan tempat kajian saya dijalankan ialah di Kampung Lereh, Tanjong Kling, Melaka Tengah, Melaka.

Pihak yang mengusahakan /individu / kelompok masyarakat yang mengusahakan.
Penternakan Lembu ini dijalankan oleh ahli keluarga Encik Abdul Manap Bin Jambol di kawasan Kampung Lereh, Tanjong Kling, Melaka Tengah, Melaka. Ada juga seorang pengusaha penternakan Lembu yang terdapat di Kampung Balik Bukit iaitu Encik Zaki Bin Zainuddin yang mengusahakan penternakan yang sama dengan Encik Abdul Manap. Bagi tujuan kerja kursus ini, saya memilih Encik Abdul Manap Bin Jambol kerana beliau merupakan diantara orang lama yang berkecimpung dengan penternakan Lembu di Kampung Lereh ini, selain jarak diantara rumahnya dengan rumah saya  yang berdekatan bagi membuat kajian kerja kursus Sejarah ini.
Latar Belakang.
Tujuan Dijalankan.
Encik Abdul Manap Bin Jambol pada mulanya berjinak dalam penternakan Lembu ini adalah hanya sekadar untuk mengisi masa senggang serta sebagai pendapatan sampingan. Penternakan Lembu ini berjumlah kira-kira 10 ekor Lembu sahaja pada peringkat awal.
Proses/Cara Perlaksanaan
Menternak Lembu sebenarnya agak sukar sedikit kerana ianya memerlukan tenaga kerja berkeluarga yang banyak dan lembu senang diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit kesukaran berbanding dengan menternak Kambing.
Asas Pemilihan.
Ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepada keperluan pasaran. Faktor-faktor yang memperngaruhinya termasuklah permintaan dan keperluan pasaran, penetapan berat awal, peningkatan berat lembu dan sasaran berat akhir atau berat jualan.
Baka dan Jantina.
Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih bagi penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi tempatan dan mempunyai cirri-ciri tumbesaran yang baik seperti Lembu baka tempatan KK, bagaimanapun ianya memberikan peningkatan berat Lembu(ADG) yang lebih rendah berbanding baka import atau kacukan. Jantina Lembu yang sesuai untuk penternakan fidlot adalah Lembu jantan sahaja. Meskipun begitu, Lembu-lembu betina dewasa yang juga boleh dan telah terbukti memberikan peluang yang baik.
Pengurusan Makanan.
Bekalan Makanan.
Bekalan makanan ternakan pula ialah seperti PKC atau hasil buangan pertanian seperti hampas-hampas sagu, hampas barli dan hampas beras yang diperolehi dari sumber kilang ataupun ladang yang pertanian yang diperakui oleh pihak berkuasa veterinary Negara. Pemeriksaan kualiti dijalankan pada makanan yang baru diterima dan dipantau dari masa ke semasa. Sekiranya, perlu, contoh makanan yang diambil secara rawak untuk diajlankan ujian kualiti dan aflatoksin di makmal berdaftar dengan pihak berkuasa veterinary Negara.
Penyimpanan Makanan.
Makanan hendaklah sentiasa disimpan di dalam stor makanan dan ternakan sentiasa perlu dipantaudan dipastikan tidak terdedah kepada pencemaran(air,minyak dan bahan kimia) dan dijauhi hurungan serangga,lalat,burung,kelawar,ulat,kulat dan pelbagai haiwan perosak yang lain sepanjang tempoh penyimpanan.
Pemberian Makanan.
Ternakan perlu diberi makanan mengikut jadual yang telah ditetapkan, contohnya 2 kali sehari, yakni sebelah pagi dan juga pada sebelah petang pada kadar 3.0 tan. Palung makanan dipastikan mencukupi mngikut bilangan Lembu ternakan yang dipelihara dan ruang palung palung berukuran JHP. Palung makanan mestilah dicuci sebelum dan selepas proses pemberian makanan diberikan. Pastikan makanan yang tidak habis dimakan itu dibuang pada hari yang sama.
Pengurusan Air Minuman.
Bekalan Air Minuman.
Bekalan air minuman mestilah diperoleh daripada sumber air yang bersih samada disediakan oleh pihak berkuasa JBA ataupun air dari sumber kawasan tanah seperti air telaga dan sungai. Pemeriksaan kuantiti dan kandungan klorin air minum hendaklah dijalankan dan dipantau dari masa ke semasa untuk menjamin kualiti dan keselamatan air minuman itu terhadap Lembu ternakan.
Pemberian Air Minuman.
Air minuman mesti sentiasa mencukupi di dalam palung minuman sepanjang tempoh pemeliharaan. Sementara itu, palung minuman mesti sentiasa dalam keadaan bersih dan ukurannya mestilah mengikut specifikasi yang telah ditetapkan.
Kesihatan dan Kawalan Penyakit.
Lembu juga boleh diserang penyakit dengan mudah. Kawalan setiap hari haruslah dilakukan bagi mengelak serangan penyakit itu berlaku. Antara kawalan yang perlu dilakukan untuk mengelak diserang penyakit ialah menjaga kesihatan persekitaran kandang setiap masa dan pemberian makanan yang bermutu tinggi dan berkualiti juga merupakan salah satu faktor bagi mengelak daripada diserang penyakit. Jika mempunyai tanda-tanda penyakit pada Lembu ternakan, penternak perlu segera menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi mendapatkan rawatan segera.
Peralatan/Kaedah yang digunakan.
Pengurusan.
Pengurusan yang cekap dan menitikberatkan segala aspek pengurusan dan penjagaan kesihatan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Pengurusan lembu terbahagi kepada tiga iaitu pengurusanLembu betina dan Lembu jantan serta pengurusan anak Lembu. Pembahagian ini bertujuan memudahkan penternak untuk menguruskan Lembu dan memastikan pengeluaran berterusan serta memberi keuntungan kepada penternak.
Pengurusan Lembu Betina.
Pengurusan Lembu betina bertujuan untuk mendapatkan seekor anak daripada setiap induksetiap tahun, untuk memastikan pengeluaran Lembu sentiasa berlaku. Oleh itu, aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah pemakanan,pembiakan,penjagaan Lembu bunting,mengenal pasti masalah waktu kelahiran dan kawalan penyakit.
Pembiakan.
Lembu betina pengganti mencapai puberty(matang/estros yang pertama) ketika usia 18-30 bulan bergantung kepada baka,makanan dan berat badan. Pembiakan boleh dijalankan sepanjang tahun atau mengikut musim yang tertentu. Musim pertama adalah diantara bulan April dan Mei, manakala, musim kedua diantara Oktober dan November. Cara pembiakan ialah ‘’Bapak Terus’’ dengan  nisbah jantan dan betina adalah 1:20 hingga 1:30. Kitaran estrus Lembu betina berlaku setiap 18 hingga 26 hari. Estrus ialah tanda bahawa Lembu betina itu bersedia untuk dibuntingkan. Tempoh estrus selama 15 hingga 24 jam.
Masalah Sewaktu Kelahiran.
 Dystocia ialah sejenis masalah yang dihadapi ketika kelahiran. Contohnya, anak lembu susah keluar kebiasaannya anak Lembu jantan dan factor genetik.
Pengurusan Lembu Jantan.
Keupayaan Lembu jantan untuk persenyawaan pada lembu betina bergantungt kepada faktor keupayaan mengawan,keinginan mengawan dan pengeluaran mani yang bermutu tinggi. Anak Lembu jantan yang berusia 1 setengah tahun boleh dipilih untuk dijadikan baka berasaskan ciri-ciri terbaik. Penilaian secara fizikal  dan penilaian air mani perlu dilakukan 2 bulan sebelum musim pembiakan untuk menilai isipadu,warna ,pergerakan sperma dan kepekatan air mani tersebut. 1 ekor Lembu jantan boleh dilakukan untuk setiap 25-30 ekor induk betina.
Pengurusan Anak Lembu.
Peringkat Kelahiran.
Selepas dilahirkan, lender hidung dan mulutnya mestilah dijilat oleh ibunya untuk memudahkan system pernafasan anaknya berjalan dengan lancarnya. Tali pusat perlu dipotong pada jarak 2-3 cm dari badan anak Lembu dan sapukan larutan iodin bagi mengelakkan jangkitan kuman. Anak lembu yang baru lahir perlu mendapatkan susu kolostrum yang mengandungi antibbodi.
Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat.
Sumber Pendapatan.
Dengan mengusahakan ternakan lembu ini. Encik Abdul Manap dapat menambah pendapatan sampingan bagi menyara kehidupan keluarganya. Pendapatan bagi sebulan tidak menentu dan  penjualan Lembu bagi setahun adalah sekitar RM2500.
Menentu Permintaan.
Encik Abdul Manap juga memenuhi permintaan pelanggannya ketika musim perayaan dan apabila penduduk kampong sekitar membuat kenduri-kendara. Jumlah penjualan Lembu dalam setahun adalah sekitar 1-2 ekor sahaja.
Pembangunan Kawasan Setempat.
Penglibatan pemduduk kampong ini dalam penternakan Lembu telah memberi kesan yang baik dan sekali gus menjadikan kawasan kampong ini menjadi tumpuan penduduk Bandar yang berpusus-pusu untuk mendapatkan daging yang segar daripadanya, dan ini mendorong pembangunan di kawasan tersebut.
Peluang Pekerjaan.
Penternakan lembu tidak menyediakan peluang pekerjaan kerana kebanyakan penternak hanya menternak dengan menggunakan tenaga kerja keluarganya sendiri.
Prospek.
Cabaran/Kekangan yang dihadapi.
Encik Abdul Manap menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah berkaitan kos penyewaan tanah yang semakin tinggi. Beliau tidak mempunyai tanah yang sesuai untuk dijadikan kandang Lembu ternakan beliau itu.
Penglibatan/Pihak Luar/Galakan Kerajaan ataupun Swasta.
Proses menternak Lembu ini memerlukan bantuan dan nasihat daripada pihak jabatan haiwan kerana proses awalnya sedikit rumit dan memerlukan kaedah penjagaan tertentu. Hal demikian kerana terdapat beberapa penternak Lembu yang gagal akibat cara pemakanan Lembu yang tidak sesuai.
Reaksi/Penerimaan Masyarakat.
Masyarakat di kampong ini menerima baik penternakan Lembu ini kerana mereka tidak perlu pergi ke Bandar untuk mendapatkan daging yang segar dan bermutu tinggi.
Saranan dan Harapan.
Encik Abdul Manap mengharapkan agar beliau dibantu dari segi pajakan tanah untuk meluaskan penternakan Lembu. Beliau mengharapkan pihak kerajaan dapat membantu dari segi modal dan tapak penternakan.
Rumusan.
 Kajian yang dilakukan selama kira-kira 3bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
       
  Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pertanian di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.
       
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

7.Orang Sumber.

-anda perlu menyatakan maklumat penternak lembu tersebut.
-Contohnya;

Orang Sumber.
Nama         : Abdul Manap Bin Jambol
Umur         : 63 Tahun
Alamat       : Batu 6 , Lereh 76400 Tanjong Kling, Melaka.

8.Rujukan.

-anda perlu menyatakan segala rujukan yang membantu anda dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.
-Contohnya;

RujukanRujukan saya ialah melalui Pelayar Internet,Buku Ilmiah,Akhbar dan Orang Sumber. Saya juga merujuk kepada Perpustakaan Desa bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang Penternakan Lembu dan haiwan yang pelbagai.

ELEMEN 3.

di dalam elemen ini adalah yang paling senang sekali....
-anda hanya perlu menyatakan penerapan unsur patriotisme dalam sebuah karangan panjang seperti berikut:

Esei Semangat PatriotismeKegiatan ekonomi tradisional di Malaysia secara umumnya bermula dari kawasan luar bandar. Bagi masyarakat Melayu, kegiatan ekonomi tradisional biasanya lebih berbentuk kepada eonomi sara diri. Sebagai contohnya, keperluan asas ekonomi petani dan nelayan adalah secukup hidup iaitu untuk menyara keluarga sendiri. Kerajaan telah lama membantu dan mengalakkan rakyat dalam mengusahakan ekonomi tradisional. Dalam menjalankan kegiatan ekonomi tradisional, pengusaha akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan seperti kesukaran mendapat bahan, kekurangan tenaga kerja, dan modal. Oleh itu, pengusaha perlu berdikari dan tabah menghadapi cabaran tersebut.

        Kegiatan ekonomi tradisional sememangnya dapat memperkukuhkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Melalui kegiatan tersebut pihak yang terlibat telah menunjukkan nilai rajin dan gigih. Hal ini kerana mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti sebelum mendapatkan hasil.

        Sebagai contoh dalam kegiatan cencalok dan belacan, pengusaha perlu mendapatkan bekalan udang geragau yang secukupnya untuk menghasilkan produk keluaran mereka.

       Dalam mengusahakan kegiatan ini, semangat kerjasama dan bermuafakat dapat dihidupkan. Nilai bersatu padu dan berharmoni ditonjolkan oleh para pengusaha sewaktu proses produk keluaran mereka. Sikap kerjasama dan tolong menolong ini haruslah menjadi ikutan para generasi muda sekarang. Amalan ini akan dapat memupuk semangat nasionalisme yang tinggi bagi menjamin kedaulatan Negara.

      Masyarakat Malaysia kaya dengan sifat-sifat terpuji. Mereka hidup saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain dalam melaksanakan aktiviti harian. Kesempurnaan kerja diperoleh apabila mereka sentiasa bersefahaman dan bermuafakat menjayakan sesuatu kerja. Hasilnya keutuhan negara semakin mantap dan gah di mata dunia.

       Kita perlu bersyukur sebagai warganegara kerana negara kita aman dan makmur .Keadaan ini membolehkan kita menjalankan kegiatan ekonomi dengan baik tanpa ada perasaan takut dan bimbang. Seterusnya dapat menjana pendapatan masyarakat, bangsa dan negara.

SELAMAT MEMBUAT KERJA KURSUS SEPERTI YANG DITUNJUKKAN....





2 ulasan:

  1. mcam aq punye ayat ye... nilai dan unsur patriotisme 2 mcam ko copy kat blog oranglain je.. jangan marah

    BalasPadam
  2. siket-siket jewr.... tidak kesemuanya.....

    BalasPadam