Muhammad Nasrulhaq Majid

Ahad, 23 September 2012


Pakar Sejarah Sahkan Hang Tuah Tak Pernah Wujud Di Dunia



Sejak kecil orang Melayu selalu diminta berbangga dengan Hang Tuah. Berbangga dengan Hang Tuah yang lurus bendul hingga sanggup bunuh rakan sendiri demi seorang Raja yang zalim.  Berbangga dengan Hang Tuah yang sanggup larikan anak dara orang untuk dikahwinkan dengan Raja yang gila nafsu. Berbangga dengan Hang Tuah yang sanggup terjun ke telaga tahi demi untuk menyelamatkan kuda kesayangan Raja.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kim
Tapi sekarang orang Melayu tak perlu bangga lagi dengan Hang Tuah kerana mengikut pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, Hang Tuah dan empat sahabatnya (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir danHang Lekiu) itu sebenarnya tak pernah wujud di dunia ini pun!!  Seorang lagi "Hang" iaitu Putri Hang Li Po juga mengikut Prof Khoo tak pernah wujud di dunia. Jadi watak-watak yang menjadi kebanggaan Melayu selama ini cuma secebis dongeng. Memang orang Melayu suka cerita-cerita dongeng?

Kerana Hang-Hang itu tak pernah wujud, Prof Khoo seperti yang tersiar dalam starmenyatakan buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda.

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum (sejarah). Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya (dongeng mengenai Hang Tuah dan Hang-Hang lain termasuk Hang Li Po), ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta,"kata Prof Khoo lagi.

Sebelum ini pun ramai yang mempertikaikan kewujudan Hang Tuah dan rakan-rakannya itu. Ada pula yang menyatakan semua Hang-Hang itu wujud, tapi mereka adalah orang-orang keturunan Cina yang merantau ke Melaka. Jadi Hang Tuah panglima kebanggaan Melayu itu sebenarnya adalah orang Cina!!

Apa pun bagi JR, sama ada Hang Tuah wujud atau tidak ia tak lah penting sangat. Hang Tuah bukanlah Ibn Khaldun, Ibn Sinna, al-Kindi, al-Farabi, al-Ghazali dan lain-lain tokoh yang memberi sumbangan besar terhadap ilmu dan tamadun dunia.

Jadi tak perlulah sesiapa pun berpolemik mengenai kewujudan Hang Tuah, ia tak penting, ia cuma membuang masa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan